Monday 31 August 2009


Sayang mama ni, dah genap 2 bulan dah. makin besar anak mama. kejap je masa berlalu. hmm....mama tgh tgk tiket gi tganu bulan raya ni nanti. tak tau jd ke tak. cek ti kata dia nak belanja kita gi sana. mama tgk kat fire fly, murah giler dr air asia. tgklah, daddy pun dah bg green light. kalau takde apa2 aral, kita gi ye syg....mama nak jmpa 'anak2' mama dulu. rindu....... sebelum ada adly, 'anak2' mama itulah yg menjadi teman mama. dan smpai skrg, kasih mama tetap tak berubah. nanti mama bg adly jmpa n main ngan 'anak2' mama tu....

Mama doakan adly akan jd penyayang kat binatang mcm mama, mcm mak ngah, mcm cek ti, mcm ibu...... takmo kejam dgn makhluk Allah yg lain. Binatang ni, akan faham kalau kita bercakap dr hati, tau.... ramai yg tak percaya ckp mama. diorg gelakkan mama kalau mama ckp mcm ni. tpkan syg, biarlah apa diorg nak kata..... mama tak kisah. mama bersyukur sebab Allah bg mama kelebihan yg org lain takkan faham. Nanti, adly syglah 'anak2' mama mcm mama gak, ye.....

Wednesday 26 August 2009

Gobot dah...


masa adly dlm perut, dr sibuk kata adly kecik sgt. mcm tak cukup bulanlah, mama salah kira tarikh due laa..mcm2lahh.... sekali bila dah keluar.... huh, ntah mana isi ntah adly dpt smpai gobot mcm ni! dlm pada anak mama ni 24 jam asyik kembung je, naik jugak berat badan, alhamdulillah. muka sape ek anak mama ni? nak kata muka daddy....bulat tu, adalaa, hehehe....








mama suka tgk adly dlm gambar ni. masa ni adly ajak singa ni borak2. nak pegang, adly tak pandai lagi...tp, kalau adly nangis, nyunyu yg pujuk adly sbb dia boleh 'ckp'. 'ibu' pun ada gak nyunyu tu. dulu masa mama gi UK, berebut ngan ibu, mama smpai sorok nyunyu tu. last2 ibu menang, mama tak dpt gak. tetiba, ibu jmpa 1 lagi kat carboot sale. tu yg ibu bg mama tu...hehe...kedekut tol ibu, kan? sssshhhhhh....
(Sekali lg-tarikh tu, salah...24/08 sebenarnya...)

Hari ni, hari ke 5 Ramadhan. 2 Ramadhan aritu kita berbuka kat umah m.ngah. sian asyu tak dpt dtg. mula2 dr klinik biasa syak abg haziq kene penyakit kuku dan mulut, pastu gi hospital, alhamdulillah bukan. tp asyu takut nak datang semenyih, takut kalau boleh jangkit kat adly dan anak2 m.ngah. manalah tau kot2 penyakit lain ke yg boleh jangkit ni....

hmm....skrg ni musim selsema babi. 1 dunia kene wabak ni. kat m'sia ni, dah nak dekat 100 org yg meninggal. mama risau, tu yg tak bwk sgt adly jalan2. nak gi injek kat klinik kesihatan pun mama bimbang. yelah, selsema ni senang sgt jangkit. esp baby....moga Allah lindungi kita....amin... itulah syg, kalau manusia ni ingkar perintah Allah...Allah dah kata jgn mkn babi. manusia tak peduli, nak mkn jugak babi tu. skrg, bila bala dah turun, jgn kata yg mkn babi, yg tak pernah tgk babi pun kene. itulah 'bala' syg. yg beriman, yg tidak beriman, suma Allah bagi 'pukul'. tp Allah tetap Maha Adil. yg beriman tetap bahagia kerana ada syurga yg menanti.... Moga kita ni tergolong di kalangan org2 berimankan, syg....amin...
(Tarikh gambar salah tau syg...24/08 sebenarnya...)

Thursday 20 August 2009

Reflux pulak dah....

hmm...mama bawak adly gi jumpa pakar sebab kembung adly teruk sgt. pastu, muntah2 dengan banyak. bagi gripe water pun, tak berkesan gak. makan ubt angin yg amek kat klinik pun, sama gak... bila doc pakar tu check......dia kata adly mungkin kene reflux. huh....adik beradik gastrik, hehehe... mcm2 sakit syg mama ni. setakat ni, adly kene reflux ringan je (hopefully) sbb lepas mkn ubat, mama tgk adly semakin okey...cuma, kembung tetap ada lagi. takpelahkan syg, mama tetap bersyukur kerana Allah bg ujian kecik utk kita. tgk jelah nasib org lain, ada yg lagi malang dari kita kan syg....semoga Allah lindungi kita semua....

Friday 14 August 2009

mama suka lagu ni...

Kau Di Hati Ku

Jangan menangis bertenanglah

Peganglah tanganku dan digenggam erat
Ku melindungi dari apa yang datang
Berhentilah menangis

Tubuhmu kecil bertenaga
Dalam dakapanku kau tenang dan lena
Pertalian kita takkan terputus
Berhentilah menangis


Kau dihatiku

Kau dihatiku
Hari ini dan selamanya


Kau di hatiku
Walau apa katanya
Oh... kau di hatiku
Selamanya

Mengertilah apa yang kami rasa
Tak berkeyakinan apa yang dikatanya
Kami berbeza tapi di hati kami
Tiada apa yang berbeza

Jangan kau dengar mereka tak tahu
Saling memerlu dan membantu
Di suatu masa kutahu


Destinasi tiba kau harus tabah
Ku 'kan bersamamu bersabarlah
Di suatu masa kutahu
Buktikan bersama kau

Selamanya
Bersamamu
Ku selalu bersamamu
Selama-lamanya

Pandanglah ke bahumu
Di sisimu selamanya

buntu...

Adly kembung lagi. 24 jam adly kembung. mama dah bwk gi klinik, tp takkan nak bergantung dgn ubt sbb bila mkn ubt adly ok, tp kalau tak mkn, kembung balik...huh... suma mama dah buat, sapu myk yu yi, myk angin, myk but but, myk gamat....myk masak je belom, hahaha... mama stress sgt2 sbb dah tak tau nak tolong adly mcmana. mama tak smpai hati tgk adly sakit. sian tgk anak mama....kdg2 mama nangis sama ngan adly....

pastu, td mama tepun cik nim, dia kata cuba bakar batu kecik, buat tungku. sbb sebelum ni mama guna seterika jek, tp leceh n bahaya. kalau batu kecik tu lama sket panas tu tahan n senang nak tungkukan adly. kalau guna pasir, leceh sbb nak kene panaskan kat dlm kualilaa... kalau batu senang je, bakar je atas dapur tu. hmmm....nanti mama cuba ye syg....kita tgk mcmana nanti.

Saturday 8 August 2009

Apa itu kembung perut???

Ni sedikit info pasal kembung yg diambil dari laman-
http://comelnya.com/ibu-dan-anak/bayi-kembung-perut

Definisi kembung perut
Kembung perut terjadi apabila terdapat angin dalam perut bayi. Angin boleh masuk dalam perut bayi semasa bayi menyusu, menangis atau pun bernafas dan mengakibatkan bayi berasa tidak selesa dan sakit perut.

Simptom bayi kembung
Bayi yang kembung biasanya akan menangis, tidak mahu tidur dan perutnya keras dan terik.

Mengapa bayi kembung
Bayi yang kerap kembung perut perlu disendawakan setiap kali menyusu. Bayi yang menyusu badan kurang mengalami kembung perut berbanding bayi menyusu botol. Bayi menyusu badan boleh mengawal aliran susu yang keluar dan menghisap dengan lebih perlahan, maka kurang udara yang ditelan. Walau bagaimana pun, bayi yang menyusu badan juga harus kerap disendawakan jika dia menyusu dengan cepat atau aliran susu anda agak laju. Kekacang yang dimakan oleh ibu menyusu dikatakan boleh menyebabkan perut bayi kembung tetapi tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Bayi menyusu botol lebih kerap kembung kerana banyak menelan udara akibat daripada aliran susu yang laju. Pastikan saiz lubang puting bersesuaian dengan umur bayi anda (ex: saiz S bagi bayi baru lahir sehingga 3-4 bulan). Pastikan juga botol susu disendengkan sehingga susu menutupi permukaan lubang puting susu untuk mengelakkan banyak udara bercampur semasa bayi menyusu.

Bagaimana mengatasi kembung perut

1) Sendawa

Terdapat 3 cara untuk sendawakan bayi:

  • Sandarkan bayi anda pada bahu dan tampu punggungnya dengan lengan anda sementara tangan anda yang sebelah lagi menggosok belakang bayi. Ini kebiasaannya cara yang paling mudah untuk sendawakan bayi anda.
  • Dudukkan anak anda dengan merehatkan dagunya di atas lengan anda apabila tangan anda memegang bahunya yang bertentangan dan gosok belakang bayi.
  • Letakkan bayi anda dengan mukanya menghadap riba anda dan gosokkan belakangnya.

2) Tuam perut

Di Malaysia, bayi kembung perut biasanya akan dituam dengan bungkusan pasir atau beras yang dipanaskan sehingga suhu yang bersesuaian. Pasir atau beras boleh dipanaskan dalam kuali atau panaskan terus dalam bungkusan dengan menekap seterika panas pada bungkusan. Tuamkan dahulu pada kulit anda untuk memastikan suhu bungkusan tidak terlalu panas dan tuamkan pada perut bayi. Pastikan badan bayi dilapik dengan kain dahulu supaya kulit tidak melecur. Rasionalnya, udara akan dipecahkan dengan peningkatan suhu perut dan kemudian keluar dari bayi sama ada melalui kentut atau sendawa.

3) Ubat

Jika bayi anda mengalami kembung perut yang teruk, doktor atau ahli farmasi mungkin akan menyarankan supaya mengambil “Infacol” yang mengandungi “simethicone” yang mana ia akan mengeluarkan udara dalam kuantiti yang banyak. “Gripe water” juga dikatakan boleh megeluarkan angin dalam perut bayi dengan efektif. Kandungan herba (dill, fennel, halia, etc) dalam “gripe water” akan memanaskan perut dan memecahkan angin sementara sodium bikarbonat meneutralkan asid dalam perut. Pastikan anda mendapat nasihat doktor sebelum menggunakan ubat-ubatan.

Kembong, kembong dan kembong....


kembong sokmo anak mama ni....asal mlm je kembong, huh. tp, alhamdulillah adly tak nangis kuat2. merengek manja jek. nak mama epok2, peluk2.....smpailah ke pagi. lembek mama tak cukup tido. takpelaaa....utk anak mama ni, mama tak kisah....mcmana la wan adly jaga mama, m.ngah dan asyu dulu, kan...? cian wan....insaf mama jap....