Monday 27 August 2012

MSC Family Day 2012

25-26 Ogos, 2012, kita ada Family Day di Pasir Putih, Kalumpang, Kuala Kubu. Mama agak risau masa ni sebab dahi adly baru jahit. Dah tentu adly tak tahan tengok sungai. Confirm adly nak main air punya! Nasib baik mama tampal plaster kalis air dan bawa ubat antibiotik, takut jangkitan kuman, melarat menanah pulak nanti. Al Hamdulillah, takde apa-apa pun. Semuanya lancar.Adly pun baik dan pandai berdikari masa ni. Senang mama nak buat kerja. Terima kasih, sayang.....


Kita buat persembahan 'aci2 buka pintu'. Wan jadi aci, ayahjaz ngan daddy jd 'nana'. sakit perut semua orang tengok persembahan kita. mama, ibu dan lain2, jadi hantu......

Daddy ke ni...? huhuu...
Ini acara senamrobik. Tok alang ketua. Adly masih dalam chalet, tidur....
 
Besarnya family kita..... ini belum 100%. Jumlah yang hadir masa ni dalam 72 orang. Kalau ikutkan, tahun 2012, family sebelah mama ada 100 orang ahli.

Bukan dikisah dahi bertampal. Janji main air!!

Saturday 25 August 2012

Cedera lagi...

hmm....jatuh lagi. kali ni, ngam-ngam kepala jatuh dulu atas jalan. mama n daddy dah banyak kali ingatkan, jangan lompat, jangan lari.......hmm....lain kali, dengar cakap mama n daddy tau. kan dah luka ni. tak pasal-pasal, dapat 1 jahitan kat kepala tu. dulu jahit kaki, ni dahi pulak....aduhai anak....oh anak.....


Mata adly doc tutup sebab nak jahit dahi. takut terkena mata.

Friday 24 August 2012

Eid 2012

Selamat Hari Raya.... kali ni, kita beraya kat Panchor, Muar. Mcm biasa, anak mama seronok la dapat jumpa ramai kengkawan, main lari2, main tembak2.......


Pagi Raya 19/08/2012

Bersama kak Fiqa

Baru 1st time jumpa ayam....

Seronok tapi takut bila ayam berkerumun...hehehe....

Macam menari pun ada....
Mama terlepas tengok aktiviti adly masa ni sebab mama tertidur. Terima kasih kepada kak Fiqah sebab tolong ambil gambar yang cantik2 ini. Terserlah kegembiraan Adly.