Friday 5 December 2014

Ku bersyukur padaMu Allah...

Alhamdulillah........kulit Ainnur semakin pulih (walaupun ekzema belum lagi benar-benar sembuh). Krim yang mama beli tu pun dah jarang mama sapu, hanya standby je bila perlu. Mama bagi Ainnur amalkan makan madu dan minyak zaitun (extra virgin oil) setiap hari. Amatlah menakjubkan, selepas 2 minggu amalkan, parut2 Ainnur yang lama dulu hilang terus dan kulit semakin bersih dan licin. Harap-harap, ekzema Ainnur pun semakin sembuh...amin...

Wednesday 1 October 2014

Inilah krimnya...


Inilah krim TCM yang mama maksudkan. Memang sangat serasi dengan Ainnur setakat ini. Cuma, mama dapat tahu dari doktor Homeopathy, krim ini tetap ada steroid tetapi lebih kepada steroid semulajadi. Pada mulanya, mama sangat tertekan dan marah sebab mama ingatkan krim ni bebas dari steroid. Mama minta nasihat pada Moksu Nur (anak tok ngah sebelah ayah) yang bekerja sebagai farmasis, tentang baik buruk krim ini. Kata Moksu Nur, steroid tetap steroid cuma ianya tidaklah sebahaya steroid sintetik. Macam gamat, cuka......itu juga ada steroid semulajadi. Cuma mama tak boleh sapu pada Ainnur kerap sangat. Hanya sapu bila betul-betul perlu sahaja. Dan....alhamdulillah, mama dengar nasihat dia. dan.....bersyukur pada Allah, Ainnur dah semakin sembuh (70-90%). Krim ni juga mama dah jarang guna cuma bila mama langgar makanan yang Ainnur alah (sebab Ainnur masih menyusu badan), akan naik semula ekzema Ainnur. Cuma bezanya, ekzema Ainnur tidak seteruk sebelum ni. Mama cuma kene catit makanan apa atau apa saje benda yang buat Ainnur alah.

Walaupun masalah kulit Ainnur dah jumpa ubatnya namun, ekzema Ainnur masih ada lagi. Mama kena usaha lagi bagi menyembuhkan ekzema Ainnur. Ekzema Ainnur boleh menyerang bila-bila masa sahaja cuma......kali ni bila ekzema datang semula, ianya tidaklah seteruk sebelum ini. alhamdulillah.

*Mama akan cuba perubatan Homeopathy pula pada masa akan datang.

Tuesday 12 August 2014

Pertandingan Azan Pasti Puchong 2014

Adly telah dipilih untuk menyertai azan peringkat tadika kawasan Puchong. Walaupun Adly tak menang, tapi Adly tetap happy (masa ni Adly pun bukan kisah menang atau kalah pun, hehehe). Berani anak mama ni....alhamdulillah.






Wednesday 25 June 2014

Pasrah, Berserah, Mengalah...dan akhirnyaaaa....

Mama betul-betul buntu. semua yang mama buat masih gagal mengubati Ainnur. Mama benar-benar tertekan ketika ini. Hanya Allah tempat mama berserah, menyerah......Daddy pun puas pujuk mama, bagi sokongan pada mama........Mungkin mama lupaaa....mama banyak mengharap pada makhluk lain sedangkan Allah adalah sebaik-baik pertolongan. Mungkin doa mama belum cukup 'dari lubuk hati sebenar'....mungkin doa mama sebelum ni, penuh dengan tekanan, kebimbangan dan kecelaruan. Mama tak tumpukan doa mama sepenuhnya, mama tak betul-betul merintih mengharap padaNya.......Ya Allah, ampunkan hambaMu yang lalai ini.....

Doa, usaha dan redha.....itulah sebaik-baik penawar hati yang gundah. dan...............tiba-tiba, mama terbaca dalam internet tentang TCM (Traditional Chinese Medicine) krim untuk ekzema ni. Mama tergerak hati untuk mencuba..... dan inilah hasilnya....Terima kasih Allah.....


Dalam seminggu, inilah hasilnya. Mama tak pasti apa yang ada dalam kandungan krim tu. Cuma pihak yang jual tu kata 100% tumbuhan dan herba, tanpa steroid. Wallahua'lam. Episod penyiasatan akan mama mulakan nanti......

Friday 6 June 2014

Bedak tabloq pula...

Ni gambar masa Ainnur sedang melalui fasa TSW (topical steroid withdrawal). Mama tak tahu yang steroid memberi kesan yang sangat mudarat bila berhenti dari menggunakannya. Kulit ketagih rupanya dengan steroid kalau terlalu kerap disapu....Mama terpaksa keraskan hati lalui ni semua tanpa steroid lagi selepas ini.

Pergi mana-mana mesti Ainnur jadi tumpuan mata yang memandang. Ada juga yang membantu dari segi memberi beberapa petua......semua mama dah cuba, tapi masih belum berjaya.

Gambar dari internet

Bedak tanah liat ini juga dah mama cuba. Tapi....seperti biasa, menemui jalan buntu juga. Takpelah sayang.....Allah masih mahu mama berusaha lagi.....Cuma, yang mama perasan, kulat di belakang Ainnur makin cepat sembuh bila sapu bedak ni. Jadi, mama jadikan bedak harian untuk membantu merawat kulat Ainnur di selang seli juga ubat anti kulat doktor.

Sunday 1 June 2014

Masih mencari penawar....

Orang kata kelapa dara elok untuk ekzema dan ini hasilnya.... (klik pada gambar untuk baca hasilnya)

Kemudian, mama jumpa ustazah (perubatan cara Islam) dengan menggunakan daun sirih. Dan ini pula hasilnya....


Mama memang mengelak untuk guna krim-krim moden sama ada dari farmasi ataupun yang doktor bagi....lebih-lebih lagi krim yang mengandungi steroid. Kerana steroidlah ekzema Ainnur makin bertambah. Lepas sapu, hilang. Lepas tu ekzema akan datang semula sekali ganda dari yang asal. Mama berperang dengan diri mama sendiri untuk katakan TIDAK pada STEROID! Mama terpaksa berkeras dengan diri sendiri mahupun orang lain yang tak sanggup tengok penderitaan Ainnur. Takpe.....mama yakin ada penawar nanti, cuma mama tak boleh putus asa dan terus mencari dan mencari penawar Ainnur.

Thursday 27 March 2014

Pedas, Negeri Sembilan (Homestay Kak Liza)

Ni gambar masa kita dan family wan cik makan angin dekat Pedas, Negeri Sembilan. Kita bawa tok mak dan wan sekali. Masa untuk bergembiraaaa.....alhamdulillah....

Gambar bersama Mak yong





Cantikkan rumah kampung ni. Kesian kita tak ada kampung....jadilahkan sewa satu malam kat sini, hehehe...

Reaksi abang, seronok main upih. Masa ni kita tengah buat lawak, hehehehe....

Wednesday 5 March 2014

Kulat pulaaaa...!!

Lagi satu episod ujian untuk mama dan daddy. Bukan sahaja ekzema, tetapi Ainnur juga telah terkena jangkitan kulat di belakang dan kaki. Pada mulanya sikit saja jangkitan kulat tu berlaku. Tetapi, doktor menganggap bahawa itu adalah ekzema juga. Bila dah makin merebak, mama bawa jumpa doktor sekali lagi (kali ni doktor lain). Doktor tu terkejut sebab jangkitan kulat dah merebak dengan banyak. Hanya Allah yang tahu apa perasaan mama masa tu. Marah (dengan doktor sebelum tu...), sedih, simpati, risau........semua sedang berkecamuk. belum sempat fikir penawar ekzema, dah kena pula rawat jangkitan kulat ini. Doktor kata, nak sembuh mungkin memakan masa 1-2 bulan. Mama hanya boleh berdoa memohon lagi kekuatan tambahan untuk mama terus cekal mencari penawar Ainnur.





Hanya Allah.............hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan mama masa ni...... Namun, mama bersyukur sebab Ainnur seorang baby yang sangat kuat dan tabah. Tak pernah meragam, menangis atau mengamuk walaupun sikit. Ainnur happy macam baby yang lain. Bawalah jalan ke mana, dukunglah oleh sesiapa sahaja, Ainnur tak kisah dan tenang. Sebaliknya, mama dan segelintur yang rapat dengan mama pula yang menitis air mata tengok penderitaan Ainnur masa ni. Terima kasih sayang sebab jadi anak yang kuat.

Monday 24 February 2014

Ekzema/ Eczema


Masa dalam pantang, muka Ainnur tumbuh 'kurap susu' di pipi atau mana2 bahagian badan. Pada mulanya, mama sapu krim2 dari klinik biasa. Macam biasa, lepas mama sapu krim tu, hilanglah kurap2 susu dalam masa 2-3 hari. Tapi....selepas beberapa hari, makin lama makin teruk dan bertambah tebal, banyak dan melata. Krim sapu yang biasa mama sapu pun, tidak memberi apa2 kesan lagi pada Ainnur. Mama bawa Ainnur ke klinik pakar. Di situlah mama mula2 dengar perkataan EKZEMA/ Eczema. Balik sahaja ke rumah, mama terus cari info pasal penyakit ini.
  
Inilah muka Ainnur ketika diserang ekzima.
 Macam-macam yang mama baca/ dengar tentang ekzima. Mama tak tahu apa sebenarnya punca Ainnur dapat ekzema. Apa yang mampu mama buat, adalah dengan cuba menjadi VEGETARIAN memandangkan Ainnur masih menyusu badan.. Mama takut untuk ambil sebarang protein. Tapi, oleh kerana mama juga takut Ainnur kurang dapat zat, maka mama 'buka pantang' satu persatu sambil catit apa yang Ainnur boleh dan apa yang tidak.

InsyaAllah sayang....mama akan terus berusaha mencari penawar penyakit Ainnur. Walaupun perubatan moden kata ekzima tidak ada ubat, tapi mama yakin dengan kuasa penyembuhan Allah. Hanya Allah yang boleh menyembuhkan Ainnur. Ya Allah.....berilah kekuatan pada diri ini dan anak kecil ini.....KAU sembuhkanlah penyakit Ainnur Arissa......amin...


Saturday 1 February 2014

Ujian dari Allah

Mama belum update blog ni sebab mama tengah tumpukan rawatan pada Ainnur. Nanti mama akan ceritakan ye....insyaAllah, tak lama lagi sebab Ainnur hampir sembuh. Mama akan terus berdoa dan berdoa agar anak2 mama dan kita semua sekeluarga diberi kesihatan yang baik dan dijauhkan dari sebarang penyakit dari Allah SWT. Hanya Allah tempat kita meminta pertolongan.Ujian datang pun dari Allahkan...? Jadi, pada DIA la kita kena mengadu......

Saturday 18 January 2014

Mama tertarik dengan 1 petikan pesanan dari Facebook Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

PESAN IBU TENTANG AYAH:
Anakku… Memang ayah tak mengandungmu.. Tapi, Darahnya mengalir didarahmu. Darinya kau diwarisi namanya, kedermawanan & kerendahan hati. Memang ayah tak melahirkanmu... Tapi, Suaranya-lah yang pertama mengantarkanmu pada Allah ketika kau lahir. Memang ayah tak menyusuimu... Tapi, Dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu. Ayah memang tak menjagaimu setiap saat... Tapi, Tahukah kau dalam do’anya tak pernah terlupa namamu disebutnya. Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar... Kerana, Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika merasa tak aman. Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu... Kerana, Cintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu. Ayah mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri. Ibu hanya ingin kau tahu... Bahawa, Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta ibu. Anakku dari dirinya juga terdapat surga bagimu. Maka, Hormati dan sayangi ayahmu. Kerana, Ibu adalah tulang rusuk-nya. Jauh dilubok hatinya dia hanya ingin mampu membanggakan mu di mata Allah, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka. Berbahagialah yang masih punya ibu & Ayah.

Monday 6 January 2014

Hari pertama di PASTI Bestari


Hari ni adalah hari pertama Adly sekolah ( tadika 5 tahun). Hari pertama datang kelas, Adly tak nangis. Lega mama sebab nampak Adly seronok. Tengok saja lah gaya Adly ambil gambar....nampak gembira betul! Tapiiiiiiiiiii.... masuk hari ke 2 (masa ni mama tak boleh tunggu dalam sekolah dah), Adly menangis juga akhirnya. Mama pula yang nak nangis sebab tak sampai hati nak balik tinggalkan Adly. Tapi, mama yakin Adly nangis sekejap saja. Dah berkawan nanti, mesti seronokkan......?