Sunday 21 February 2010


masa ni, kita berkelah kat sungai congkak. kali pertama adly jmpa air terjun. ya Allah......sukanya anak mama main air!! mcm tak pernah jumpa air, hehehe.... mula2 mama cecah je kaki adly. tp tgk adly geram dgn air, senget2 badan nak masuk dlm air, mama tak sampai hati pulak. mama risau sbb adly baru je baik demam. dahlah batuk tak hilang sepenuhnya lagi... tp, alhamdulillah, semuanya ok. mama dan daddy je letih sket. daddy, pak ngah dan pak su sibuk ngan BBQ. masa ni, wan cik, wan ngah, mak ngah ayu, mak lang fatin, tok anjang ada joint skali. yang lain, bukan mama takmo ajak, tp chalet kita kecik dan bajet cukup2 jek utk kita semua, hehehe... takpelah, pasni mama plan kita semua picnic tempat lain lak. kali ni, kita ajak semua.

Saturday 20 February 2010

Muhammad Adly Haidar, mama ambil petikan khutbah ni dari internet. laman MUIS ( Majlis Ugama Islam Singapore). adly, mama doakan adly jadi anak yg soleh ye sayang. mama janji, mama akan didik adly sebaik baik didikan. jgn tinggalkan solat ye syg.sama2 kita ikut jalan yg diredhai Allah ye sayang... semoga kita dapat bersama sama di syurga nanti....

Membina anak-anak yang soleh - Bahagian Pertama
(bahagian ke 2, mama tak jumpa....)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekelian,

Marilah kita tingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan apa yang diperintahNya dan meninggalkan apa yang dilarangnya.

Antara yang diperintah oleh Allah s.w.t adalah memberikan pendidikan kepada anak-anak kita agar mereka menjadi manusia yang berguna untuk agama dan negara. Anak-anak adalah amanah Allah ke atas kita. Dan seperti amanah-amanah lain, kita akan ditanya oleh Allah tentang bagaimana kita mendidik dan membesarkan anak-anak kita. Jika didikan kita betul, anak-anak tersebut akan membawa manfaat kepada masyarakat dan negara. Mereka menjadi kebanggaan keluarga. Mereka akan menjadi zuriat yang solehah yang akan mendoakan ibu-bapa mereka apabila mereka meninggal dunia. Mereka tahu bagaimana hendak mengenang jasa ibu-bapa mereka yang telah meninggal dunia dengan menyumbangkan pahala yang berterusan kepada ibu-bapa mereka. Ini bertepatan dengan hadith Rasulullah s.a.w:

Ertinya: Apabila mati seseorang, akan terputus amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya.

Maka menjadi satu kemestian bagi setiap keluarga Islam agar mempunyai zuriat yang soleh.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sekarang ini kita dapat lihat bagaimana semakin sukar melahirkan anak-anak yang soleh. Sebaliknya anak-anak yang biadab terhadap ibu-bapa mereka, yang tidak mengenang jasa ibu-bapa mereka semakin meningkat. Mereka menjadi beban terhadap masyarakat dan negara. Anak-anak yang terbiar dan liar. Anak-anak yang tidak kenal ugama mereka. Kita tidak mahu mereka ini menjadi anak-anak kita.

Tetapi alangkah sedihnya, apabila kita lihat ada di kalangan keluarga Islam, yang mana apabila ibu atau bapanya meninggal dunia, anak-anak mereka tidak membacakan untuk mereka Al-Quran. Bukan sahaja itu, malah mereka tidak mendoakan untuk roh ibu atau bapa mereka. Mengapa demikian? Mengapakah sampai begitu teruk sekali? Kerana mereka tidak tahu membaca Al-Quran. Mereka tidak kenal huruf Al-Quran. Mereka lebih mahir membaca buku-buku Inggeris dari Al-Quran. Mereka lebih menghafal tentang penyanyi dan pelakon dari doa-doa. Sehinggakan apabila disolatkan jenzah tersebut, anak-anak mereka hanya berdiri di luar, tidak solat bersama-sama. Kenapa? Kerana mereka tidak tahu mengerjakan solat tersebut. Mereka tidak dididik bagaimana mengerjakan solat tersebut.

Baru sahaja mayat dikebumikan, anak-anaknya sudah berebut harta pusaka dan bergaduh sesama sendiri. Tamak dan haloba menyebabkan hubungan adik-beradik terputus. Mereka lupa jasad bapa mereka yang sudah ditinggalkan seorang diri di kubur. Bayangkan, bahawa kita yang berada dalam kubur tersebut. Waktu yang kita sangat-sangat mengharapkan doa-doa dari anak-anak kita, tetapi sebaliknya mereka bergaduh dan berebut atas harta yang kita kumpulkan selama kita hidup di dunia.

Adakah ini yang ingin kita alami? Mengapakah anak-anak kita boleh jadi demikian? Salah siapakah?

Maka kita lihat bagaimana pentingnya melahirkan anak-anak yang soleh, zuriat yang menjadi kebanggaan kita, yang menjadi penawar di hati, penyejuk di mata. Semua orang inginkan anak yang soleh. Tetapi tidak semua orang tahu dengan sebenar maksud anak yang soleh. Dan tidak semua orang tahu bagaimana hendak mendidik agar menjadi anak yang soleh.

Anak yang soleh adalah anak-anak yang tahu tanggungjawabnya sebagai anak, dan sebagai orang Islam. Mereka mempunyai akhlak Islamiyah yang mulia. Mereka berbangga menjadi orang Islam. Mereka tidak mudah terpedaya dengan unsur-unsur negatif dewasa ini.

Inilah ciri-ciri anak-anak yang soleh. Bukan pelajaran yang tinggi yang menjadi kayu ukur, tetapi akhlak yang tinggi. Apa gunanya mempunyai sijil pelajaran yang tinggi tetapi mempunyai akhlak yang buruk dan jahil terhadap agama Islam. Anak-anak yang soleh bukanlah yang pandai menyanyi dan menari, tetapi yang pandai membaca Al-Quran dan menghayatinya. Anak-anak yang soleh bukanlah yang bercita-cita tinggi untuk mengumpul kekayaan sebanyak mungkin, tetapi anak yang soleh adalah yang rajin mengumpul ilmu sebanyak mungkin untuk membantu agama Islam dan masyarakat. Mereka inilah anak-anak yang soleh.

Soalannya sekarang adalah bagaimana melahirkan anak-anak yang soleh? Bagaimana mendidik anak-anak kita agar menjadi anak-anak yang soleh?

Kuncinya dua. Pertama: ia harus bermula dari diri kita sendiri sebagai ibu-bapa. Kedua: pendidikannya harus bermula dari kandungan di perut ibu lagi.

Saudara-saudara sekelian,

Pada khutbah ini saya ingin menyentuh tentang kunci yang pertama itu, iaitu untuk melahirkan anak-anak yang soleh kita harus bermula dari diri kita sendiri. Allah s.w.t berfirman dalam surah As-Saf:

Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

Jika kita ingin tanamkan keperibadian yang mulia dan sifat yang dipuji dalam diri anak-anak kita, kita harus bermula dengan diri kita sendiri. Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan ia sendiri berjalan bengkok. Ketahuilah, bahawa keburukan akhlak anak-anak kita sebenarnya mencerminkan keburukan akhlak kita sendiri sebagai ibu bapa. Pepatah mengatakan: bapak borek anak rintik. Pepatah Inggeris mengatakan: Lead by example.

Sekiranya kita mahu anak-anak kita menjadi seorang yang gemar membaca dan mengumpul ilmu, kita juga mesti memaksa diri kita demikian. Jangan kita menyuruh anak kita belajar dan membaca di biliknya, sedangkan kita asyik menonton televisyen. Sebaliknya, sebagai ibu dan bapa, kita mesti sanggup mengorbankan hiburan yang sia-sia di televisyen tersebut untuk membentuk anak-anak yang soleh. Apabila kita menyuruh anak-anak kita belajar, sebaiknya kita bersama-sama dengan mereka di meja, membaca atau menanyakan masalah mereka. Tanyalah diri kita sendiri, adakah televisyen itu lebih penting dari anak-anak kita? Adakah program TV itu lebih penting dari perasaan hormat dan kasih sayang dari anak-anak kita apabila kita bersama-sama dengan mereka?

Saudara-saudara sekelian,

Kita adalah umat Islam. Dan sebagai umat Islam kita dituntut untuk membina suasana ke-Islaman di rumah kita. Antara yang terpenting adalah mengerjakan solat berjemaah. Ia adalah antara kunci perasaan mesra dan kasih sayang diantara ahli keluarga. Sebahagian dari masyarakat Islam kita mementingkan makan malam bersama sebagai pengikat hubungan kekeluargaan. Ini tidak dinafikan. Tetapi janganlah kita ketepikan makanan rohani dengan solat berjemaah. Adakah kita juga mendirikan solat berjemaah dengan keluarga kita? Sebagai ibu bapa kita perihatin tentang kesihatan anak kita. Tetapi adakah kita juga perihatin tentang kesihatan rohani anak kita? Sebagai ibu bapa kita selalu bertanyakan anak kita samada mereka sudah makan atau belum. Tetapi adakah kita juga menanyakan anak kita samada mereka sudah mengerjakan solat atau belum? Sedih sekali jika kita hanya mementingkan diri kita sendiri. Kita mengerjakan solat sendiri tetapi kita tidak ambil endah dan tidak tanya langsung kepada anak-anak kita samada mereka sudah mengerjakan solat atau belum. Apakah kita lebih mementingkan perut dari hati? Apakah kita bersedia untuk diseret ke neraka oleh anak-anak kita? Allah s.w.t berfirman di dalam surah Toha, ayat 132 :

Ertinya: Dan perintahkanlah keluargamu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.

Baarakallah........

Thursday 4 February 2010

haiii....



mama saje nak masukkan gambar yang ni.mama suka. main lambai2 lak. suka adly dapat walker baru yeee.... mula2 mama takmo belikan adly walker. tapi...mama tak boleh buat keje. adly dah mula lasak. tak reti duduk diam. mama nak masak pun kene tunggu daddy balik. tp, adly bukan nak lama2 pun dok dlm tu. jadilaaaaa walaupun kejap. dapat gak mama buat keje sikit2. masa ni, adly baru masuk 7 bulan. huh, duduk pun baru dapat lesen, dah sibuk nak blajar jalan...