Tuesday 12 May 2015

Maafkan mama, Adly

Maafkan mama,Adly sebab dah lama tak bercerita tentang Adly. Bukan mengenepikan Adly tau. Lepas ni giliran cerita pasal Adly pula... Mmmmmuuahhh...mama sayang Adly dan Ainnur.....


Friday 5 December 2014

Ku bersyukur padaMu Allah...

Alhamdulillah........kulit Ainnur semakin pulih (walaupun ekzema belum lagi benar-benar sembuh). Krim yang mama beli tu pun dah jarang mama sapu, hanya standby je bila perlu. Mama bagi Ainnur amalkan makan madu dan minyak zaitun (extra virgin oil) setiap hari. Amatlah menakjubkan, selepas 2 minggu amalkan, parut2 Ainnur yang lama dulu hilang terus dan kulit semakin bersih dan licin. Harap-harap, ekzema Ainnur pun semakin sembuh...amin...

Wednesday 1 October 2014

Inilah krimnya...


Inilah krim TCM yang mama maksudkan. Memang sangat serasi dengan Ainnur setakat ini. Cuma, mama dapat tahu dari doktor Homeopathy, krim ini tetap ada steroid tetapi lebih kepada steroid semulajadi. Pada mulanya, mama sangat tertekan dan marah sebab mama ingatkan krim ni bebas dari steroid. Mama minta nasihat pada Moksu Nur (anak tok ngah sebelah ayah) yang bekerja sebagai farmasis, tentang baik buruk krim ini. Kata Moksu Nur, steroid tetap steroid cuma ianya tidaklah sebahaya steroid sintetik. Macam gamat, cuka......itu juga ada steroid semulajadi. Cuma mama tak boleh sapu pada Ainnur kerap sangat. Hanya sapu bila betul-betul perlu sahaja. Dan....alhamdulillah, mama dengar nasihat dia. dan.....bersyukur pada Allah, Ainnur dah semakin sembuh (70-90%). Krim ni juga mama dah jarang guna cuma bila mama langgar makanan yang Ainnur alah (sebab Ainnur masih menyusu badan), akan naik semula ekzema Ainnur. Cuma bezanya, ekzema Ainnur tidak seteruk sebelum ni. Mama cuma kene catit makanan apa atau apa saje benda yang buat Ainnur alah.

Walaupun masalah kulit Ainnur dah jumpa ubatnya namun, ekzema Ainnur masih ada lagi. Mama kena usaha lagi bagi menyembuhkan ekzema Ainnur. Ekzema Ainnur boleh menyerang bila-bila masa sahaja cuma......kali ni bila ekzema datang semula, ianya tidaklah seteruk sebelum ini. alhamdulillah.

*Mama akan cuba perubatan Homeopathy pula pada masa akan datang.

Tuesday 12 August 2014

Pertandingan Azan Pasti Puchong 2014

Adly telah dipilih untuk menyertai azan peringkat tadika kawasan Puchong. Walaupun Adly tak menang, tapi Adly tetap happy (masa ni Adly pun bukan kisah menang atau kalah pun, hehehe). Berani anak mama ni....alhamdulillah.






Wednesday 25 June 2014

Pasrah, Berserah, Mengalah...dan akhirnyaaaa....

Mama betul-betul buntu. semua yang mama buat masih gagal mengubati Ainnur. Mama benar-benar tertekan ketika ini. Hanya Allah tempat mama berserah, menyerah......Daddy pun puas pujuk mama, bagi sokongan pada mama........Mungkin mama lupaaa....mama banyak mengharap pada makhluk lain sedangkan Allah adalah sebaik-baik pertolongan. Mungkin doa mama belum cukup 'dari lubuk hati sebenar'....mungkin doa mama sebelum ni, penuh dengan tekanan, kebimbangan dan kecelaruan. Mama tak tumpukan doa mama sepenuhnya, mama tak betul-betul merintih mengharap padaNya.......Ya Allah, ampunkan hambaMu yang lalai ini.....

Doa, usaha dan redha.....itulah sebaik-baik penawar hati yang gundah. dan...............tiba-tiba, mama terbaca dalam internet tentang TCM (Traditional Chinese Medicine) krim untuk ekzema ni. Mama tergerak hati untuk mencuba..... dan inilah hasilnya....Terima kasih Allah.....


Dalam seminggu, inilah hasilnya. Mama tak pasti apa yang ada dalam kandungan krim tu. Cuma pihak yang jual tu kata 100% tumbuhan dan herba, tanpa steroid. Wallahua'lam. Episod penyiasatan akan mama mulakan nanti......

Friday 6 June 2014

Bedak tabloq pula...

Ni gambar masa Ainnur sedang melalui fasa TSW (topical steroid withdrawal). Mama tak tahu yang steroid memberi kesan yang sangat mudarat bila berhenti dari menggunakannya. Kulit ketagih rupanya dengan steroid kalau terlalu kerap disapu....Mama terpaksa keraskan hati lalui ni semua tanpa steroid lagi selepas ini.

Pergi mana-mana mesti Ainnur jadi tumpuan mata yang memandang. Ada juga yang membantu dari segi memberi beberapa petua......semua mama dah cuba, tapi masih belum berjaya.

Gambar dari internet

Bedak tanah liat ini juga dah mama cuba. Tapi....seperti biasa, menemui jalan buntu juga. Takpelah sayang.....Allah masih mahu mama berusaha lagi.....Cuma, yang mama perasan, kulat di belakang Ainnur makin cepat sembuh bila sapu bedak ni. Jadi, mama jadikan bedak harian untuk membantu merawat kulat Ainnur di selang seli juga ubat anti kulat doktor.

Sunday 1 June 2014

Masih mencari penawar....

Orang kata kelapa dara elok untuk ekzema dan ini hasilnya.... (klik pada gambar untuk baca hasilnya)

Kemudian, mama jumpa ustazah (perubatan cara Islam) dengan menggunakan daun sirih. Dan ini pula hasilnya....


Mama memang mengelak untuk guna krim-krim moden sama ada dari farmasi ataupun yang doktor bagi....lebih-lebih lagi krim yang mengandungi steroid. Kerana steroidlah ekzema Ainnur makin bertambah. Lepas sapu, hilang. Lepas tu ekzema akan datang semula sekali ganda dari yang asal. Mama berperang dengan diri mama sendiri untuk katakan TIDAK pada STEROID! Mama terpaksa berkeras dengan diri sendiri mahupun orang lain yang tak sanggup tengok penderitaan Ainnur. Takpe.....mama yakin ada penawar nanti, cuma mama tak boleh putus asa dan terus mencari dan mencari penawar Ainnur.