Saturday 10 November 2012

Sepohon Kayu dan Suasana Hari Raya

Di antara lagu yang Adly suka dan setiap kali naik kereta, tak kira ke mana pun......lagu ni juga yang adly nak mama pasang. dari Puchong sampai Muar ini je lagu yang terpaksa mama & daddy dengar, hehehehe.... takpe, mama & daddy tak kisah pun.....kami happy tengok adly happy.

Tuesday 6 November 2012

Antara surah & doa......

Antara surah & doa yg Adly dah hafal sebelum umur adly masuk 3 tahun (Walaupun pelat......alhamdulillah, Adly dapat baca sampai habis).







Dalam umur Adly 3 tahun ni, Adly dah kenal huruf ABC.....XYZ dan tau eja BA CA DA FA.........YA ZA. Alif Baa Taa pun dah lulus. Mencabar betul mengajar anak mama masa ni. Yang Adly tau, main, main, main..... tak reti duduk diam2. Terpaksalah mama ikut rentak Adly, main sambil belajar. Alhamdulillah, terang hati anak mama ni. Belajar rajin2 tau....

Tuesday 18 September 2012

A'Famosa Water Park

Masa ni kita makan angin di A' Famosa Water Park, Melaka dengan Tok Anjang. Kita bermalam kat sana. Terima kasih pada Tok Anjang & Wan Anjang sebab ajak kita. Tok Anjang sewa bunglow, ada kolam renang lagi!! Hmmmm.....apa lagi, Adly seronoklah jawabnya, kan.....????




Sessi memujuk Adly yang tak nak balik..... dah nak dekat 4 jam syg, main air tuuu.....

Monday 27 August 2012

MSC Family Day 2012

25-26 Ogos, 2012, kita ada Family Day di Pasir Putih, Kalumpang, Kuala Kubu. Mama agak risau masa ni sebab dahi adly baru jahit. Dah tentu adly tak tahan tengok sungai. Confirm adly nak main air punya! Nasib baik mama tampal plaster kalis air dan bawa ubat antibiotik, takut jangkitan kuman, melarat menanah pulak nanti. Al Hamdulillah, takde apa-apa pun. Semuanya lancar.Adly pun baik dan pandai berdikari masa ni. Senang mama nak buat kerja. Terima kasih, sayang.....


Kita buat persembahan 'aci2 buka pintu'. Wan jadi aci, ayahjaz ngan daddy jd 'nana'. sakit perut semua orang tengok persembahan kita. mama, ibu dan lain2, jadi hantu......

Daddy ke ni...? huhuu...
Ini acara senamrobik. Tok alang ketua. Adly masih dalam chalet, tidur....
 
Besarnya family kita..... ini belum 100%. Jumlah yang hadir masa ni dalam 72 orang. Kalau ikutkan, tahun 2012, family sebelah mama ada 100 orang ahli.

Bukan dikisah dahi bertampal. Janji main air!!

Saturday 25 August 2012

Cedera lagi...

hmm....jatuh lagi. kali ni, ngam-ngam kepala jatuh dulu atas jalan. mama n daddy dah banyak kali ingatkan, jangan lompat, jangan lari.......hmm....lain kali, dengar cakap mama n daddy tau. kan dah luka ni. tak pasal-pasal, dapat 1 jahitan kat kepala tu. dulu jahit kaki, ni dahi pulak....aduhai anak....oh anak.....


Mata adly doc tutup sebab nak jahit dahi. takut terkena mata.

Friday 24 August 2012

Eid 2012

Selamat Hari Raya.... kali ni, kita beraya kat Panchor, Muar. Mcm biasa, anak mama seronok la dapat jumpa ramai kengkawan, main lari2, main tembak2.......


Pagi Raya 19/08/2012

Bersama kak Fiqa

Baru 1st time jumpa ayam....

Seronok tapi takut bila ayam berkerumun...hehehe....

Macam menari pun ada....
Mama terlepas tengok aktiviti adly masa ni sebab mama tertidur. Terima kasih kepada kak Fiqah sebab tolong ambil gambar yang cantik2 ini. Terserlah kegembiraan Adly.

Thursday 12 July 2012

Terengganu- Penang

24 Jun- 29 Jun, 2012, kita temankan cek ti pergi Penang dari Terengganu. Kita naik kapal terbang ke Terengganu dulu, tidur rumah cek ti dan esok paginya tu Mama, Adly dan cek ti naik kereta terus ke Penang. Daddy dgn cek Li tak dapat ikut sebab kene kerja. Kesian daddy kena tinggal. Tapi, Daddy tetap bagi kita jalan2.... tu maknanya daddy sayang adly dan mama. adly sayang daddy tak ni...???

Ni pemandangan dari Grik, Perak. Belakang tu banjaran Titiwangsa. Tinggi ni tau....
Bersama Cek Ti
Century Bay Apartment, Penang- kita tidur 4 malam di sini
Mentang2 ada bath tab.......hari2 mandi macam ni...

Mama dah penat, Cek Ti pulak yang ganti layan...
Putera sedang berehat, sshhh....jangan kacau.... :p


Pandangan dari bilik utama- tuuuu jambatan Pulau Pinang

Pantang nampak kolam.... 1..2..3!!!

Adly nak tau tak? Masa dalam kapal terbang ke Terengganu, 1/4 penumpang kapal tu ketawakan telatah Adly. Mama pulak yang rasa malu, eeee......peramah betul anak mama ni tau!! Orang suruh nyanyi, Adly nyanyi. Orang suruh joget, Adly selamba je joget. Orang tanya apa saja, semua Adly jawab! Aduhai, sampaikan masa kapal nak mendarat pun tak sedar. Ramai pulak yang nak melayan tu...ish ish ish.....Adly oh Adly...

Saturday 16 June 2012

Ibu (Laila) kahwin- Terengganu

Sekali lagi kita di Terengganu. Kali ni pergi sana sebab Ibu (Laila) kahwin. Tok Mak pun iku sekali. Wan pulak, tak larat nak ikut. Sampai Terengganu, kita duduk rumah Cek Ti sebab rumah mak andak tengah ubahsuai, tak ada tempat nak tidur. Sehari sebelum balik sini, sempat juga mama bawa adly mandi kat Pulau Kapas dengan Kak Ira.
Teman Daddy memancing....

hmm...ada saja gayanya...

Nasib baik Abang Ammar ada, boleh Daddy buat teman.


Bersama Kak Ira, Pulau Kapas

Bab suruh bergaya..?? serahkan sahaja padanya.. :p

Kelaparan....biskut Oreo pun jadi laaa....

Perjalanan balik dari Pulau Kapas

Baju merah & baju putih lengan panjang- Muhammad Adib & Aishah (anak Cik Nim)
Baju purple & sebelah dia tu- Humairah & Hamsyar (anak Cik Niza)


Agaknya Adib hairan tengok gaya adly ni.... hehehe...

Friday 4 May 2012

Jap....'dia loading'...

Situasi 1
Adly dalam toilet sedang 'uuuuk..uuuk..' Mama plak tengah tunggu kat depan pintu tunggu nak cebuk adly...
Mama: "Dah ke belum.. Adly jawab belum...Mama tanya lagi, dah ke belum... dengan muka bersahaja, adly jawab: :kejaaaap...dia tengah LOADING".... Aduhai anak mama.....hehehehe...

Situasi 2
Masa tu hujan kat luar. Mama janji dengan adly, kalau hujan berhenti, adly boleh main laptop. 3 jam dah berlalu pun, hujan masih turun....guruh masih berdentam-dentum.... kesian anak mama... agaknya, bila dah lama sgt tunggu, adly betul2 duduk kat tepi tingkap dan tanya mama: "mama, bila hujan ni nak balik?"... hmm... nak gelak ada, kesian pun ada....lama betul hujan....

Monday 27 February 2012

Geraaaam....


Macam ni ke geram? hehehehe....





Birthday wan

Selamat Hari Lahir, wan...
Masa ni, kita sambut birthday wan yg ke 54 kat umah asyu...
 


Hadiahkan wan DVD (yg murah2 jek), dpt wan tgk ceramah, movie...n kartun (utk cucu2 wan, hehehe)


Apa da cicaaaakkk...??? hehehehe....

Friday 27 January 2012

Pasir Putih Kalumpang


Mama bawak adly berkelah di Kalumpang, Kuala Kubu sebab nak survey kawasan ni utk buat family day kita nanti. tapi, mcm biasalah kan...adly bila tg air..................................huhuhu...