Thursday 19 December 2013

Cabaran/ dugaan...



Cabaran dapat adik adalah cara nak jaga Muhammad 'Adly Haidar ni, hehehe....

  1. Buat adik macam anak patung, dipicit, dicubit, ditarik.... (cara Adly tunjuk kasih sayang...)
  2. Pantang mama tinggalkan adik walaupun 5 saat sebab ada saje yang Adly akan buat yang    mendatangkan bahaya pada adik. Pernah masa mama nak siapkan air mandi adik (dalam 10 saat je...), adly angkat adik dari rocking chair ke atas sofa.... berderau darah mama, sayang!! Nasib baik adik pakai bedung, jadi pinggang dan badan adik dalam posisi tegak! Kalau tak ada bedung.....ya Allah....mama tak tahu laa....tak mau mama bayangkan. Syukur, tak ada apa-apa yang berlaku.
  3. Adly pernah lompat atas adik (lari dan langkah adik). Tak sampai 5 saat mama ke dapur hanya nak letak cawan ke sinki. Menjerit mama!! Ha!! kali tu, mama terpaksa rotan kaki Adly sebab nak ajar Adly jangan buat perkara yang merbahaya. Alhamdulillah, selepas insiden itu, Adly makin faham dan agak kurang berkasar dengan adik.
  4. Mama kena layan Adly lebih sikit dari sebelum ada adik. Adly rasa agak cemburu sebab masa mama agak lebih kepada adik, terutamanya bila menyusu dan tidurkan adik. Mama tahu Adly sangat cemburu, tapi.......disebabkan Adly sayang adik, Adly cuba beralah walaupun kadang2 tak berjaya. Mama faham dan mama ucapkan terima kasih sebab cuba faham situasi mama masa ni. Adly memang anak yang baik walaupun nakal dan sangat2 aktif sampaikan adakalanya mama tak larat nak main dengan Adly.....maafkan mama....bateri Adly kuat sangat, hehehehe....
  5. Masa tidur malam2, kalau Adly tersedar, Adly akan kejut mama suruh peluk Adly. Haaa, yang ni kadang2 mama ikutkan, kadang2 tak dapatlah sebab adik adakalanya nangis nak menyusu. cian Adly....
TAPI................................... Adly sangat boleh mama harap terutamanya bila tolong mama tidurkan adik! Pandai anak mama.... Sampaikan, adik akan cari Adly kalau terjaga dari tidur. Kan mama dah kata, Adly anak yang baik, boleh diharap.....tolong mama jiruskan adik masa mama mandikan adik, cebuk adik.....macam2lah Adly tolong mama. Syukur Alhamdulillah.....terima kasih, sayang!

Buat 'Ainnur Arissa, dengar cakap/ nasihat abang bila dah besar, tau!!!



Pandanglah kameraaa...




Masa ni, adik dah 2 bulan. Abang paksa2 adik suruh pandang kamera, hehehe...cian adik...

Sunday 3 November 2013

Gambar adik...

Ni gambar Adik masa umur dalam 2-3 minggu.... Macam-macam variasi muka Arissa masa ni.







Wednesday 30 October 2013

Majlis Pertunangan Mak yong

Ni masa majlis pertunangan Mak Yong. Baru 2 minggu mama lahirkan Ainnur. Tak apalah, demi Mak Yong. Tak sampai hati pula tak datang. Sekali saja seumur hidup majlis macam ni. Adly la yang seronok dapat jalan, hehehehe.... Ainnur pun tak banyak ragam. Tidur nyenyak walaupun di tengah-tengah kebisingan. Good!! Macam tu laaaa..... (Sila abaikan tarikh pada gambar sebab kamera mama salah setting)


Best betul abang posing....hehehe...


Tuesday 22 October 2013

Demam panas

Sepanjang proses mama dekat hospital, hati mama tak tenang sebab kenangkan Adly dekat rumah tinggal dengan daddy, wan dan tok mak. Daddy cakap, Adly nangis. Itulah kali pertama mama tinggalkan Adly. Kesian anak mama yang manja ni...

Dipendekkan cerita, baru saja mama balik dari wad bersalin, malam tu juga Adik demam panas. Esoknya tu, Adik kena tahan wad sebab demam Adik tak kebah dan suhu makin naik ke 38.7celcius!! Sampai je NICU, Serdang, nurse terus mandikan Adik sebab terlampau panas. Kesian tengok Adik menggigil sejuk. Tambah pulak aircond wad tu sejuk sangat. Kalau ikutkan, mama pun tak tahan dengan aircond dekat wad tu. Tapi, mama kene kuatkan semangat untuk Adik. Semua orang terkejut mama jalan laju macam orang sihat walaupun baru 3 hari mama dibedah. Macamana mama tak laju, Adik sakit. Lagipun antara bilik mama ke wad adik jauh. Mama tak tidur pun atas katil mama. Mama tidur atas sofa yang ada dekat tepi Adik. Mama tak sanggup tinggalkan Adik. Tak apa, demi anak2 tercinta......mama sanggup buat apa saja yang termampu. Dan, masuk hari ke 4, Adik dibenarkan balik....syukur kepada Allah....

Tuesday 15 October 2013

Adly dapat adik...

SYUKUR KE HADRAT ALLAH 'AZZAWAJALLA, MAMA TELAH SELAMAT MELAHIRKAN BABY GIRL SEBERAT 3.1KG DI HOSPITAL SERDANG PADA 4 OKTOBER, 9.22PM.

ADLY DAPAT ADIIIIKKK!!! ALHAMDULILLAH....!!

Mama dan Daddy namakan adik Adly ni 'Ainnur Arissa.Pening mama dan daddy cari nama adik. Sampaikan adik dah lahir pun, mama tak dapat bagi nama lagi.



'Ainnur Arissa Abdul Halim

Sunday 1 September 2013

Sepi lagii...

Kali ni, lama mama sepi. 3 bulan mama mabuk. Agak teruk jugak sebab mama tak boleh tengok skrin komputer langsung! Tengok seminit pun loya...

Lepas 3 bulan, mama ingatkan semua dah ok balik, tapi sambung pulak penyakit lain. Mama batuk dan lelah yang teruk (doktor kata mungkin sebab alahan mengandung dan selalunya sementara). Mama batuk sampai berdarah tekak mama. Lagipun keadaan tengah jerebu teruk. Ubat sedut pun tak banyak sangat membantu.Tapi mama terpaksa guna ubat sedut untuk legakan lelah mama. hmmmm.....sampailah 7 bulan mengandung. Segala masalah lelah hilang terus, syukur.....

Lepas tu, ingatkan ok dah semua, huh....datang pulak 1 masalah lagi. Baby dalam perut mama ni songsanglah pulak sampai bengkak rusuk mama kepala baby langgar.....  Sakitnya, Allah sahaja yang tahu....

Saturday 24 August 2013

Aidilfitri 2013

Raya tahun ni, kita beraya kat Semenyih pulak. Keluarga mama kecil, tak macam keluarga daddy. Jadi taklah riuh sangat malam raya tu. Tapi, kalau kat kampung daddy memang meriah sebab keluarga daddy ramai. Nasib baik daddy belikan bunga api, terasa juga meriah malam raya tu. Suka tengok Adly main bunga api dengan kak long, abang ngah, kak dek, haziq, azwa dan mashitah. Alhamdulillah....



Hmm...sempat juga Adly capai spek pink Syakira (kak dek)....

Ni dah sampai Panchor, Muar. Bila dan siapa ntah yang ambil gambar Adly masa ni....hehehe....

Gemuknya mama masa mengandungkan adik.... Nasib baik daddy lagi besar, hehehe...

Yang tengah2 baju hijau tu, Iman. Dia ni istimewa...

Abang Azri juga yang rajin layan Adly kat kampung. Kesian dia Adly slalu kacau dia...


 Gambar di bawah ni pulak, Adly baru lepas kene sengat penyengat kat Pasar malam kat kampung. Hampir 1 pasar malam tu dengar suara Adly jerit dan nangis. huhuhu....memang sakit, mama tahu... Mujur depan tu ada kedai jual kapur. Mama terus sapu. Kalau tak, mau bengkak naik kat leher tu. Takpe, pengalaman..... :)


Saturday 1 June 2013

Bagan Lalang, Sepang, Selangor

Kita berkelah lagi! Kali ni kita pergi dekat sini-sini je. Bagan Lalang, Sepang. M.itam dan Cik Nah sekeluraga je yang ikut. Mama saja nak bawak Adly mandi-manda & main pasir. Asyik sebut je, kesian mama dengar....hehehehe....











Lepas ni, mama tak tahu nak pergi mana. Nantilah, mama fikirkan mana tempat yang adly akan suka. Tapi, setahu mama, asalkan ada air, tak kiralah laut ke, sungai ke, kolam ke.....tu je yang Adly suka! heheheh.... Doakan kita semua sihat walafiat dan dimurahkan rezeki.....

Thursday 23 May 2013

Lama menyepi...

Lama dah update blog adly ni. Mama tak ada masa sebab asyik layan adly je, hehehehe.... Tak, mama tak ada mood je. Mama nak berehat jap dari menghadap komputer ni.

Sedar tak sedar, sekarang dah 2013. Dah bulan Mei. Huh, lama betul tak update blog adly! Banyak yang berlaku sepanjang tu. Ada berita baik dan ada juga berita buruk.

31 January 2013, mama telah dikejutkan dengan berita pemergian ayah mama (atok). Dalam masa yang sama juga, mama dapat berita mama mengandung. Mama tak tahu mama nak sedih atau mama nak happy... serentak berlaku. Kisah atok, nanti mama atau daddy akan ceritakan sendiri pada Adly sebab kisah atok panjang dan agak rumit nak diceritakan di sini. InsyaAllah, moga Allah panjangkan umur kita semua....-amin-

Gambar Adly & atok ni tak silap mama diambil setahun sebelum atok meninggal dunia/ seminggu setelah onyang Adly meninggal dunia. Masa ni, mama nak bertitahu atok tentang wan mama (onyang) dah meninggal....


Adly nak dapat adik? Alhamdulillah, Allah bagi rezeki lagi. Selalunya Adly marah kalau sebut pasal adik. Tapi, tiba-tiba Adly yang mintak nak adik. Mama pun keliru. Bila mama mula mengandung, Adly suka dan tak sabar nak tunggu baby ni keluar. Tahun ni, family mama meriah sebab ibu dan asyu juga mengandung. Ibu dah bersalin tau!! Dia bersalin pada 16 Mei 2013 hari tu. Comel! Ibu bagi nama Muhammad Iman Qayyum.

Muhammad Iman Qayyum- seminggu selepas dilahirkan....






Giliran mama pulak kalau ikut tarikh doktor bagi, 3 Oktober 2013. Paling awal, doktor kata 25 September 2013. Semoga Allah lindungi kita semua dan permudahkan segalanya. Lepas tu pula, asyu punya giliran. Tak silap mama, bulan November 2013. Sebulan selepas mama.... wah, ramailah kawan adik Adly ni nanti!