Monday 24 February 2014

Ekzema/ Eczema


Masa dalam pantang, muka Ainnur tumbuh 'kurap susu' di pipi atau mana2 bahagian badan. Pada mulanya, mama sapu krim2 dari klinik biasa. Macam biasa, lepas mama sapu krim tu, hilanglah kurap2 susu dalam masa 2-3 hari. Tapi....selepas beberapa hari, makin lama makin teruk dan bertambah tebal, banyak dan melata. Krim sapu yang biasa mama sapu pun, tidak memberi apa2 kesan lagi pada Ainnur. Mama bawa Ainnur ke klinik pakar. Di situlah mama mula2 dengar perkataan EKZEMA/ Eczema. Balik sahaja ke rumah, mama terus cari info pasal penyakit ini.
  
Inilah muka Ainnur ketika diserang ekzima.
 Macam-macam yang mama baca/ dengar tentang ekzima. Mama tak tahu apa sebenarnya punca Ainnur dapat ekzema. Apa yang mampu mama buat, adalah dengan cuba menjadi VEGETARIAN memandangkan Ainnur masih menyusu badan.. Mama takut untuk ambil sebarang protein. Tapi, oleh kerana mama juga takut Ainnur kurang dapat zat, maka mama 'buka pantang' satu persatu sambil catit apa yang Ainnur boleh dan apa yang tidak.

InsyaAllah sayang....mama akan terus berusaha mencari penawar penyakit Ainnur. Walaupun perubatan moden kata ekzima tidak ada ubat, tapi mama yakin dengan kuasa penyembuhan Allah. Hanya Allah yang boleh menyembuhkan Ainnur. Ya Allah.....berilah kekuatan pada diri ini dan anak kecil ini.....KAU sembuhkanlah penyakit Ainnur Arissa......amin...


Saturday 1 February 2014

Ujian dari Allah

Mama belum update blog ni sebab mama tengah tumpukan rawatan pada Ainnur. Nanti mama akan ceritakan ye....insyaAllah, tak lama lagi sebab Ainnur hampir sembuh. Mama akan terus berdoa dan berdoa agar anak2 mama dan kita semua sekeluarga diberi kesihatan yang baik dan dijauhkan dari sebarang penyakit dari Allah SWT. Hanya Allah tempat kita meminta pertolongan.Ujian datang pun dari Allahkan...? Jadi, pada DIA la kita kena mengadu......