Saturday 17 December 2011

Dah Ada Mood

Sebenarnya, mama tak buka blog ni semenjak onyang 'pergi'. mama sedih tgk gambar onyang. rindu sangat2 mama kat onyang. semoga Allah merahmati onyang 'di sana' dan berada di dalam golongan org2 yg diredhaiNya.

Mama lupa nak cerita kisah adly terpijak kaca. Mama tak tau nak mulakan macamana. masa ni lagi 4 hari nak sambut raya haji. tak sempat mama nak cerita, onyang pulak pergi tinggalkan mama.

adly terlepas gelas, lepas tu, mama suruh jangan bergerak lebih2 ke depan. tapi adly undur selangkah ke belakang. ngam2 belakang kaki adly serpihan gelas tengah terpacak. mama tak sempat terkam. itupun nasib baik mama sempat angkat adly, kalau tak lagi dalam luka kaki adly tu. Syukurlah adly tak apa2. panik mama tengok darah. macam nak gugur jantung tengok kaki adly terkoyak besar.....Syukur juga adly tak panik dan tak meronta. adly ikut arahan mama. mama suruh adly tekup luka dengan kain supaya darah tak banyak keluar sementara mama nak pakai tudung, nak bawa adly pergi klinik. dalam kereta pun adly diam je pegang kain yang mama ikat tu. thanx sayang sebab tenang dan buat mama bertenang......

Inilah serpihan gelas (mug) yang pecah tu.

7 ke 8 jahitan ntah....mama tak ingat.



Tapi, anak mama memg kuat dan tahan lasak. lepas je doktor jahit, tak sempat nurse nak kemaskan benang, kapas..................adly nyanyi "ba...ba...black sheep......". huh, sampaikan nurse2 dekat situ ketawa tengok adly happy....adly.......adly............

Tuesday 8 November 2011

Onyang dah takde.....

Insan yang jaga mama masa kecik2 dulu, insan yg juga mama panggil MAK...

Moga Allah cucuri Rahmat ke atas onyang dan semoga onyang 'tenang' di sana bersama org2 yang beriman....amiin
Adly,
lepas mama masak ayam masak merah, mama tak tidur sebab dah hampir subuh. tiba2, mama dapat call dari Wan Teh, beritahu mama................onyang dah pergi tinggalkan kita selamanya. Ya Allah, Nak....runtuh hati mama. mama masak ni sebab nak makan kat rumah onyang. tapiiiii............onyang dah tak ada!!! mama sedih sayang. sampai hari ni mama tak dapat berhenti menangis. mama sayang sangat2 dgn onyang. Mama doakan semoga onyang bahagia 'di sana'. Mama doakan onyang dimasukkan ke dalam golongan org2 yang beriman....AMIIIN...

Sunday 6 November 2011

Salam Aidiladha...

Ni dah pukul 3.22 pagi, mama tgh tunggu daddy....daddy buat masak kurma daging. esok pagi2 daddy nak masak nasi beriyani pulak. mama tunggu giliran nak buat ayam masak merah. harap2 adly suka makan nasi dgn kurma daging daddy tu... mama dah rasa td, sedap tau!! nanti lepas solat raya, kita dtg rumah Onyang, kita makan2 kat sana ek. dah 2 minggu tak jumpa Onyang semenjak kat hospital hari tu.

Salam Aidiladha ye sayang....

Friday 12 August 2011

Terbang....

adly dah makin lasak sekarang. yang paling mama tak tahan bila adly mula main 'terbang'2. dah la atas sofa...bahaya syg! mama marah pun adly buat jugak. suka sangat terkam mama n daddy mcm tu. mama risau jek. bahaya, dah la atas sofa. bila mama rotan, adly diam la kejap....pastu sambung balik terbang2, terkam2.....eeee..... aktif betul anak mama....pening fikir macamana tak nak bagi adly main mcm tu.....huhuhu...

Thursday 11 August 2011

Thomas & Friend

Baru 3 hari lepas, kita shopping kat IOI Mall. daddy beli baju raya utk adly. sampai satu kedai baju kanak2, mama terfikir nak carikan baju Thomas & Friend. tup2....tak payah mama yang cari, adly yang jumpa!! jangan kata baju, habis topi thomas pun adly nak!! huhuhuhuh.....stokin thomas pun daddy beli. mujur kasut thomas tak dijual, hehehehehe....kalau tak, satu sut seragam thomas!

Hari2, tiap2 jam adly akan buka CD Thomas & Friend tu. kalau mama mengadap pc, mama wajib pasang cerita thomas. naik berasap telinga mama dan mata mama tengok thomas tu, hehehehehehe.....ntah apa la yang syok sangat cerita tu entah, hehehehe.....takpelah, janji anak mama suka. janji anak mama bahagia. tengoklah sayang, selagi mana adly suka. mama ikutkan saja....



Tuesday 2 August 2011

Ramadhan

Mlm td telah sehari kita sambut ramadhan. penat betul puasa rasanya td. tp, mama happy sbb adly ada disisi mama sentiasa. huh......lasak betul anak mama niii....

kelmarin wan balik. 2 minggu wan kat sini. seronok adly main ngan wan. celik mata pagi2 je panggil wan, hehehehe....main je yg adly ingat!!!

hmm....puasa baru sehari, mama dah berangan nak pakaikan adly baju apa. mama rasa nak pakaikan adly baju melayu warna putih je. tp.....kalau ada jubah ke, best jugak. mesti comel, kan....?? tahun ni kita raya dekat rumah mak ngah di semenyih. mlm tu adly mesti seronok main bunga api.....ish...berangan algi mama ni....hehehehe....

Sunday 24 July 2011

.....

Dah sebulan mama tak update blog ni. mama tak ada mood. lgpun aritu lama adly, mama dan daddy sakit. mula2 mama demam. pastu daddy, pastu baru adly. adly demam panas. panas sgt. 39.5 darjah celcius. panas tu! cek darah, ada kuman dlm darah. pastu doktor bg antibiotik pun adly masih demam panas jugak. mama bawak adly ke hospital serdang, doktor cek rupanya adly ada tonsil. BESAR bengkak tekak tu. kesian anak mama........patutlah demam, takmo makan.....tido pun berdengkur kuat, smpai ruang tamu tu boleh dengar dengkur adly. 2 minggu adly demam. mama tak boleh tido sebab pantau suhu badan adly....sian anak mama...

mama plak busy sebelum ni. baru je habis tulis tesis mama. minggu depan mama konvo. pasni, barulah confident sket nak wat acupuncture kat org lain....semoga Allah bantu permudahkan segalanya untuk mama....amin...

Monday 27 June 2011

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN YG KE 2

Selamat hari lahir, sayang......


Yang ini hadiah dari mama....


Suka tgk adly suka hadiah ni..Tak ada ayat lain yang mampu menggambarkan betapa bahagianya mama dan daddy bila tengok adly happy.....we love you, sayang...

Sunday 22 May 2011

Lata Belatan

Ni pun masa kita kat Terengganu lagi. tapi kawan2 mama raikan kita dan bawak kita berkelah kat Lata Belantan. tak tau la mama dah masuk Kelantan atau tak. tapi dah sempadan laaa.... sejam jugak dari rumah cek ti....
Mama ganti air terjun ni utk adly sebab tak dpt main air kat pantai Terengganu...
Pasangan bahagia bersama Muhd Adib, anak cek Nim

Cek Li kene buli...
Ni masa Ulangtahun perkahwinan cek ti....yg ke 2 rasanya...
Anak mama tak puas naik kapal terbang.....huhuhu...adly tak nak balik lg. terpaksalah mama layan adly kat tepi jalan ni haaa....lenkali kita naik lg ye....


Terengganu lagi...

Mama tak nak cerita panjang2 pasal trip terengganu kali ni. tujuan mama pegi sana, mama nak bawak kucing kita Labu tinggal dgn cek ti. tapiiiiiiiiii.....Labu hilang bila mama lepaskan pada hari ke 2. sebelum tu, Labu elok jek lepas, keluar masuk je rumah tu mcm biasa.....tapiii...entahlah adly, Allah ambil Labu kita. entah hidup atau mati, hanya DIA yg Maha Mengetahui...... kita stop citer pasal Labu ye syg. Next time, kalau mama ada kekuatan semula, mama ceritakan.....mama sedih lagi.......

tapi, walaumacamanapun, mama tetap nak upload gambar adly masa kat terengganu. masa ni daddy tak ikut. kita pergi 10 hari....cian daddy tinggal. kerana sayang kat labu, daddy izinkan mama ke terengganu. kita tak boleh jaga labu sebab kita duduk apartment. ingatkan keputusan hantar labu ke sana, baik utk kita semua.....tp...........Allah saje yg tahu apa yg terbaik utk kita.......

Adly lepaskan labu, pastu adly yg masuk.....
si Cuka yg garang ni, tetiba baik la pulak...
Masa ni, adly tak puas hati dgn  mama.....mama tak bg adly main air. pantai terengganu bahaya syg.....

Thursday 28 April 2011

Muar....

Mama lupa nak masukkan gambar ni aritu. Masa ni, kita balik panchor sebab tok mak nak uruskan pampasan banjir. umah tok mak banjir aritu.....Kita jalan2 gi Muar. daddy bawak gi makan masak asam pedas kat tanjung. kat sini je boleh jumpa masak asam pedas yang sedap. kalau kedai makan lain............mama tak gerenti. mama masak lg sedap!!! hahahahaha....(yg ni mama gerenti...)


Masjid kat Muar...tak igt apa nama masjid ni. Tapi mama puji habis2 kat masjid ni sebab BERSIH sgt!! Telekung pun bersih. adly siap mandi lg kat sini......

Seksinya anak mama.....

Tarikh kat gambar ni salah tau.....masa ni bulan March, 2011. Kamera mama tengah pening....

Monday 14 March 2011

Thanx to daddy sebab masakkan mi goreng yang sedap ini.....mmmuah...!!

Inilah tapai yg adly suka sgt2....sampaikan sarapan pun nak tapai ni...

Jalan2 cari makan...

Lepas mama tgk Jalan2 Cari Makan kat TV3 td, kita semua gi ke PJ seksyen 8. Kononnya, nak pekena mi bandung muar ngan masak asam pedas muar. Nampak kat tv, sedap tu!! Tp, sampai2 jek, kedai makan tu tutup. eeeee...sakit betul hati mama ngan daddy. nasib baik adly tidur dlm kereta. pastu gi kat Kelana Jaya plak, nak makan kat Lau Wan, pun tutup! eeeeee....geramnya....!! perut dah makin lapar. pastu, dlm keadaan adly ngamuk sbb lapar, kita semua gi makan kat murtabak s'pore kat bangi. huh....jauh betul jalan2 cari makan kali ni. sian anak mama sampai lapar2 gara2 mama ngan daddy nak cari kedai mkn yg sedap.... byk jugaklah adly makan murtabak tu. mama yg penat kejar adly makan sambil lari2. nasib baik luas jalan kat depan kedai tu. mak itam pun joint makan dgn kita. Lama2, bila mama tak larat nak jaga adly lari (sebab kereta byk), mama bwk adly kat stadium belakang kedai tu. ha, larilah puas2!! hehehehe.....

Memang sedap murtabak ni...tak payah kita balik Muar semata mata nak makan murtabak ni...
Tarikh gambar ni salah....12/03/2011. kalau 2007, adly pun tak lahir lagi, hehehe...

Tuesday 1 March 2011

adly dah sihat...

adly dah sihat dan nak makan semula. susut badan anak mama dah. pasni kasi badan berisi balik, ye....
Adly nak tau? inilah satu2nya menu kat JM Bariani yg adly suka. Kambing goreng rosemary. masa adly tak nak makan sgt, daddy bawak gi makan kat sini...hhhhuhuhuhu....suka tgk adly makan. hepi bila kunyah kambing ni, hehehe.... hilang demam adly sekejap :-)

Di suatu hari nanti.... (2)

Adly,
Kalau adly dah besar, bila adly tak dpt nak selesaikan masalah, adly buntu....adly duduk atas sejadah lepas solat (mana2 solat pun boleh...) pastu adly bacalah selawat Tafrijiyyah sebanyak yg mungkin. kalau boleh 20kali lepas solat fardhu. pastu, wat solat hajat, mintak Allah campurtangan dlm urusan hidup adly. berbicaralah dgn DIA dgn bahasa yg paling beradab, penuh dgn kasih syg dan pengharapan. jangan sekali-kali menyalahkan Allah, sbb tiap2 apa yg Allah uji ada hikmahnya. cuma lambat atau cepat je utk adly tahu hikmah tu. sabarlah dgn kesabaran yg paaaaaaaling tinggi. jgn ikut baran mama ni, hehehehe....

Lagi banyak Allah bg dugaan, lagi syg Allah kat kita sebenarnya. sbb Allah nak suruh kita ingat Allah, tawakkal padaNya.....Allah nak kita banyak berfikir tentang hidup, Allah nak kita matang, Allah nak bg kita pengalaman. lagi pahit pengalaman yg DIA bg, lg buat kita kuat. mana2 manusia, ada kekuatan sebenarnya. cuma, manusia ni kebanyakannya tak nampak dan tak tahu cara nak keluarkan kekuatan diri tu.

Saturday 26 February 2011

Di suatu hari nanti... (1)

asyik citer pasal adly jek. meh sini mama bg ceramah sket, hahahaha... 

adly, nak tau tak? kdg, hidup ni tak semudah yg adly sangka. hampir semua yg adly buat semua nampak tak kena, semua salah. kdg2, bila selalu kena marah....adly akan rasa seolah diri adly tidak disayang. adly akan rasa takde siapa yg faham kehendak adly. dan andai adly rasa mcm tu.....................mama nak adly tau yg mama dan daddy nak lakukan yg terbaik utk adly. jgn tanya pasal kasih syg mama pada adly....sebab mama dan daddy terlalu sayang dan kasih pada adly. takde harta lain yg dapat gantikan kasih syg ini, syg. hanya Allah yg tahu betapa tingginya kasih mama pada adly. mama doakan adly jd anak yg baik. jadi anak yg solleh. dunia makin lama makin mencabar, syg. kdg2 buat mama takut bila memikirkan masa2 yg akan datang. tp......insyaAllah, mama dan daddy akan didik adly ke jalan Allah. insyaAllah, Allah akan bantu mama dan daddy. mama syg adly.........

Wednesday 16 February 2011

Semakin sihat

Dah seminggu adly demam, mkn ubat je muntah....buntu dah mama. td gi klinik, nasib baik antibiotik kali ni sedap, rasa laici, boleh gak adly makan. kalau tak......mama tak tau mcmana lg nak buat. tiap2 malam badan adly panas. mama risau takut HB adly turun balik. tapi......sejak adly mkn ubat tu, alhamdulillah, Allah sembuhkan demam adly. ni dah tak demam daaaah....syukur sgt2. cuma sekarang, mama kena cari jalan mcamana nak bg adly selera makan plak....dr kata tekak adly bengkak sket. sbb tu adly takmo mkn kot. td adly makan 3 ketul nugget KFC ngan milo. jadi laaa....drpd tak makan langsung....

Thursday 10 February 2011

Adly tak mau mkn.

Risau mama sebab adly tak nak mkn. mcm2 mama masak, semua adly tak nak. kdg2 naik marah mama ngan adly. suruh makan tak nak, suruh tidur pun tak nak, dah tuuu....tau nak merengek, meragam, menangis. tak boleh silap sikit...... mcm2 artikel mama baca nak bagi adly makan, hehehe.... takpelah, mama tak paksa dah adly mkn. kesian bila adly kene paksa. pasni, adly nak makan, mama bagi, adly tak nak, its ok, k...? hmm... tengok dulu seminggu dua ni macamana....

Port Dickson, CNY11

Mak Yong buli adly, hehehe....

Mula2, mama ingatkan adly takut tgk laut, tgk ombak. tapi rupa-rupanya... huhuhuhu....mama yg takut tgk adly berani sgt. seronok tgk adly main air, main pasir....tapi kan....ada 1 yg mama & daddy tak faham- bila kat rumah, takut mandi, menjerit-jerit bila kene air. stress mama mandikan adly tiap hari. tp, main air suka. pantang nampak sungai, laut, swimming pool.....nak terjun je terus....!!

Seronok dpt main pasir....
Balik dari PD, kita terus gi melaka, kampung wan jang. Letih betul jalan2 kali ni. Esok tu plak, kita jalan ke bukit jelutong. mak andak dari Terengganu datang. mak long takde, diorang jalan2 ke Australia. pak man yg jaga rumah mak long. lepas je habis aktiviti jalan2, mama, daddy dan adly terus demam dan selsema. nasib baik adly tak demam, cuma selsema je....

Thursday 27 January 2011

Mini Family Day, 20/11/2010

Bersama Mak Yang

 
Muka tak puas hati sebab tak puas lagi main air....
Mama tak sempat nak masukkan gambar ni kat blog. masa ni kat sg.kemensah, kl. kita semua buat mini family day kat situ. ramai gak family sebelah mama tak dtg. dalam pada tak ramai tuuuuu....dlm 30 orang jugak laaa...hehehe.....

Adly memg suka dapat air!! sampai2 je, adly org pertama nangis2 ajak mandi sungai...huhuhu.....pagi2 esoknya pulak, adly org pertama ngamuk2 nak masuk lagi dlm air tu....huhuhuhu...dah la sejuk!!! mama yg rasa beku, tau..... apapun, adly happy sangat. seronok mama....daddy?? hmmmmm....memancing jek.....mama yang bosan....bek kita mandi2, kan..kan..kan....? hehehehe.....

Muzium & KLCC

Siapa nama Adly angkat tangan......? yeaaayy.... (tarikh masih salah...end of 2010)
Di perkarangan Masjid KLCC ( Tarikh masih salah...end of 2010)

Oh adly.....

Tarikh salah lagiii...
hhmmm....malu betul mama masa ni...tu, tengoklah...sempat adly minum air oren acik tu. mama dah klik camera ni, baru mama perasan..... sebelum tu, adly dah mintak pun air dia...huhhuhu....nasib baik diorang ni orang islam dari new zealand. hish...jgnlah buat mcm tu lg syg.....

Bedak

Tarikh ni salah....ni hujung 2010 tau... camera tengah pening...
Sekarang dah masuk 2011. Mama tak sempat nak update blog ni. Mama penatlah syg... Hari2 dok kejar adly. Adly aktif sangat....nak masak pun susah, kene tunggu daddy balik selalunya. tengok jelah gambar tu, ntah mana ntah adly dapat bedak tu....tau2 aje dah melepak kapet, hhuhuhuhu....jenuh mama vacuum.

Mama plak skarang ni tiap minggu ada kelas acupuncture. lepas habis kelas, mama kene buat assignment plak. huhuhuhu.....busy rasanya. takpe, mama blajar tu pun untuk family kita dan kengkawan mama jugak....

Pasal anemia adly tuuuu....SYUKUR pd Allah, adly normal dan takde sakit apa2. lega hati mama. daddy asyik beli buah delima nak bg HB adly naik. nasib baik adly suka delima. tau pulak makan buang biji, hehehe....dah mcm hamster pun ada, hehehe.... mama nak adly amalkan mkn delima sampai bila-bila tau...