Thursday 27 March 2014

Pedas, Negeri Sembilan (Homestay Kak Liza)

Ni gambar masa kita dan family wan cik makan angin dekat Pedas, Negeri Sembilan. Kita bawa tok mak dan wan sekali. Masa untuk bergembiraaaa.....alhamdulillah....

Gambar bersama Mak yong





Cantikkan rumah kampung ni. Kesian kita tak ada kampung....jadilahkan sewa satu malam kat sini, hehehe...

Reaksi abang, seronok main upih. Masa ni kita tengah buat lawak, hehehehe....

Wednesday 5 March 2014

Kulat pulaaaa...!!

Lagi satu episod ujian untuk mama dan daddy. Bukan sahaja ekzema, tetapi Ainnur juga telah terkena jangkitan kulat di belakang dan kaki. Pada mulanya sikit saja jangkitan kulat tu berlaku. Tetapi, doktor menganggap bahawa itu adalah ekzema juga. Bila dah makin merebak, mama bawa jumpa doktor sekali lagi (kali ni doktor lain). Doktor tu terkejut sebab jangkitan kulat dah merebak dengan banyak. Hanya Allah yang tahu apa perasaan mama masa tu. Marah (dengan doktor sebelum tu...), sedih, simpati, risau........semua sedang berkecamuk. belum sempat fikir penawar ekzema, dah kena pula rawat jangkitan kulat ini. Doktor kata, nak sembuh mungkin memakan masa 1-2 bulan. Mama hanya boleh berdoa memohon lagi kekuatan tambahan untuk mama terus cekal mencari penawar Ainnur.





Hanya Allah.............hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan mama masa ni...... Namun, mama bersyukur sebab Ainnur seorang baby yang sangat kuat dan tabah. Tak pernah meragam, menangis atau mengamuk walaupun sikit. Ainnur happy macam baby yang lain. Bawalah jalan ke mana, dukunglah oleh sesiapa sahaja, Ainnur tak kisah dan tenang. Sebaliknya, mama dan segelintur yang rapat dengan mama pula yang menitis air mata tengok penderitaan Ainnur masa ni. Terima kasih sayang sebab jadi anak yang kuat.