Wednesday 25 June 2014

Pasrah, Berserah, Mengalah...dan akhirnyaaaa....

Mama betul-betul buntu. semua yang mama buat masih gagal mengubati Ainnur. Mama benar-benar tertekan ketika ini. Hanya Allah tempat mama berserah, menyerah......Daddy pun puas pujuk mama, bagi sokongan pada mama........Mungkin mama lupaaa....mama banyak mengharap pada makhluk lain sedangkan Allah adalah sebaik-baik pertolongan. Mungkin doa mama belum cukup 'dari lubuk hati sebenar'....mungkin doa mama sebelum ni, penuh dengan tekanan, kebimbangan dan kecelaruan. Mama tak tumpukan doa mama sepenuhnya, mama tak betul-betul merintih mengharap padaNya.......Ya Allah, ampunkan hambaMu yang lalai ini.....

Doa, usaha dan redha.....itulah sebaik-baik penawar hati yang gundah. dan...............tiba-tiba, mama terbaca dalam internet tentang TCM (Traditional Chinese Medicine) krim untuk ekzema ni. Mama tergerak hati untuk mencuba..... dan inilah hasilnya....Terima kasih Allah.....


Dalam seminggu, inilah hasilnya. Mama tak pasti apa yang ada dalam kandungan krim tu. Cuma pihak yang jual tu kata 100% tumbuhan dan herba, tanpa steroid. Wallahua'lam. Episod penyiasatan akan mama mulakan nanti......

Friday 6 June 2014

Bedak tabloq pula...

Ni gambar masa Ainnur sedang melalui fasa TSW (topical steroid withdrawal). Mama tak tahu yang steroid memberi kesan yang sangat mudarat bila berhenti dari menggunakannya. Kulit ketagih rupanya dengan steroid kalau terlalu kerap disapu....Mama terpaksa keraskan hati lalui ni semua tanpa steroid lagi selepas ini.

Pergi mana-mana mesti Ainnur jadi tumpuan mata yang memandang. Ada juga yang membantu dari segi memberi beberapa petua......semua mama dah cuba, tapi masih belum berjaya.

Gambar dari internet

Bedak tanah liat ini juga dah mama cuba. Tapi....seperti biasa, menemui jalan buntu juga. Takpelah sayang.....Allah masih mahu mama berusaha lagi.....Cuma, yang mama perasan, kulat di belakang Ainnur makin cepat sembuh bila sapu bedak ni. Jadi, mama jadikan bedak harian untuk membantu merawat kulat Ainnur di selang seli juga ubat anti kulat doktor.

Sunday 1 June 2014

Masih mencari penawar....

Orang kata kelapa dara elok untuk ekzema dan ini hasilnya.... (klik pada gambar untuk baca hasilnya)

Kemudian, mama jumpa ustazah (perubatan cara Islam) dengan menggunakan daun sirih. Dan ini pula hasilnya....


Mama memang mengelak untuk guna krim-krim moden sama ada dari farmasi ataupun yang doktor bagi....lebih-lebih lagi krim yang mengandungi steroid. Kerana steroidlah ekzema Ainnur makin bertambah. Lepas sapu, hilang. Lepas tu ekzema akan datang semula sekali ganda dari yang asal. Mama berperang dengan diri mama sendiri untuk katakan TIDAK pada STEROID! Mama terpaksa berkeras dengan diri sendiri mahupun orang lain yang tak sanggup tengok penderitaan Ainnur. Takpe.....mama yakin ada penawar nanti, cuma mama tak boleh putus asa dan terus mencari dan mencari penawar Ainnur.