Wednesday 1 October 2014

Inilah krimnya...


Inilah krim TCM yang mama maksudkan. Memang sangat serasi dengan Ainnur setakat ini. Cuma, mama dapat tahu dari doktor Homeopathy, krim ini tetap ada steroid tetapi lebih kepada steroid semulajadi. Pada mulanya, mama sangat tertekan dan marah sebab mama ingatkan krim ni bebas dari steroid. Mama minta nasihat pada Moksu Nur (anak tok ngah sebelah ayah) yang bekerja sebagai farmasis, tentang baik buruk krim ini. Kata Moksu Nur, steroid tetap steroid cuma ianya tidaklah sebahaya steroid sintetik. Macam gamat, cuka......itu juga ada steroid semulajadi. Cuma mama tak boleh sapu pada Ainnur kerap sangat. Hanya sapu bila betul-betul perlu sahaja. Dan....alhamdulillah, mama dengar nasihat dia. dan.....bersyukur pada Allah, Ainnur dah semakin sembuh (70-90%). Krim ni juga mama dah jarang guna cuma bila mama langgar makanan yang Ainnur alah (sebab Ainnur masih menyusu badan), akan naik semula ekzema Ainnur. Cuma bezanya, ekzema Ainnur tidak seteruk sebelum ni. Mama cuma kene catit makanan apa atau apa saje benda yang buat Ainnur alah.

Walaupun masalah kulit Ainnur dah jumpa ubatnya namun, ekzema Ainnur masih ada lagi. Mama kena usaha lagi bagi menyembuhkan ekzema Ainnur. Ekzema Ainnur boleh menyerang bila-bila masa sahaja cuma......kali ni bila ekzema datang semula, ianya tidaklah seteruk sebelum ini. alhamdulillah.

*Mama akan cuba perubatan Homeopathy pula pada masa akan datang.

1 comment:

  1. Salam kak.
    dimana bole saya beli.TCM.krim? Mohon reply at whatsapp saya, Rozie, Sabah 0146775849
    .TQ Mama Adly

    ReplyDelete